Thursday, January 29, 2009

izinkan ianya berlaku

Bercerita tentang keluhan seorang rakan tentang kehidupan "janda" .... marah sungguh beliau terhadap lelaki "melayu".. katanya: 3 dari sahabat saya berkahwin dgn warga asing 2 org sudah menetap di Amerika dan seorg masih dKL. Mana perginya LELAKI MELAYU? Di mana LELAKI yang dikatakan masih ramai yg BAIK? Adakah sbb DUIT yg menjadi isu knpe LELAKI MELAYU sukar utk menerima JANDA terutama yg punya anak? Atau sbb mereka banyak pilihan lain? Pd pandangan saya zaman skrg kebanyakkan Janda pya kerjaya & anak2 terpelihara dgn baik. Lihat saja kemampuan mereka selama beberapa tahun menjanda langsung tidak menyusahkan keluarga. Adakah LELAKI MELAYU hanya pandai bermain CINTA? Nak berkepit kehulu –kehilir sampai ada yg sanggup melampaui batas.

Ini keratan yg saya ambil dari ruang forum.. utk kita kongsi bersama... dan disini saya ingin jelaskan.. dan ambil iktibar..

Kadangkala bila kita melalui pengalaman yg menyakitkan ditambah pula dengan beberapa rakan disekeliling juga mengalami pengalaman yg sama.. kita mudah untuk menilai hanya kerana kita dikelilingi mereka-mereka yg dalam golongan/situasi yg sama. Suka untuk saya nyatakan disini bahawa setiap kehidupan itu INDAH, sekiranya anda gagal, kecewa, merasakan bahawa kehidupan anda rasanya telah hancur maka hayatilah setiap kejadian dengan SENYUMAN... kerana sekiranya kita seringkali memikirkan dan terus memikirkan ianya PERIT maka seumur hidup kita, kita akan merasa kecewa, kecewa dengan apa yg telah berlaku, kecewa dengan keadaan yg terpaksa anda lalui, kecewa dengan keadaan sekeliling dan kecewa kebanyakan rakan akan menghadapi masalah yg sama.. kecewa dengan lelaki... sehingga meletakkan "lelaki melayu" dalam situasi yg membebankan, tidak menghargai... Kenapa tidak kita menerimanya dengan cara yg berbeza.. mungkin lelaki itu tidak dijadikan untuk perempuan itu.. mungkin juga semua lelaki yg ditemui tuhan telah tetapkan JUGA bukan untuk perempuan itu dan ianya tidaklah bermakna lelaki itu semuanya sama... kerana setiap ujian yg tuhan beri dia juga menguji minda kita untuk menjadi lebih matang dan lebih menerima. Lelaki yg anda pandang seolah-olah tidak menghargai wanita (janda) sebenarnya tanpa anda duga mereka juga adalah insan yg mulia... cuma hati mereka tidak terarah kesitu.. takdir nya telah tersurat/tersirat bahawa bukan itu jodohnya dan semestinya lelaki itu juga tidak pernah mengetahui bahawa sikapnya telah mengecewakan anda. Mungkin juga lelaki itu juga sedang kecewa seperti anda.. cuma tuhan tidak janjikan ianya berlaku antara lelaki dan wanita itu. Mungkin ianya berlaku kerana tuhan mahu berikan yg lebih baik iaitu lelaki warga asing walaupun bukan lelaki melayu tetapi ianya tetap manusia yg sama cuma dibezakan mengikut bangsa dan berbunyi sedikit berbeza.

Ini memperlihatkan kekuatan minda anda untuk merumuskan setiap kejadian yg berlaku disekeliling anda. Sekiranya kekecewaaan tidak mematangkan anda, maka itulah jadinya anda akan sentiasa merasakan bahawa tiada lelaki yg akan menghargai anda... seterusnya berkaitlah pula dengan tiadanya lelaki melayu!. Itu yg anda pertikaikan... bukankah setiap yg berlaku tuhan janjikan sesuatu yg lebih baik. Sekiranya anda tidak memahami keindahan yg bakal berlaku yg tuhan janjikan maka anda tidak akan nampak semua itu. Terapkan dalam hati... HARUS selalu IZINKAN ianya berlaku... jangan mengeluh malah jangan berputus asa kerana yg PASTI tuhan telah janjikan sesuatu buat anda dikemudian hari.

Saya faham apa yg anda cuba huraikan disini.. saya faham situasi dikala menjadi janda apatah lagi ketika itu umur baru meningkat dewasa.. keadaan disekeiling begitu menyesakkan dada.. keluarga, jiran tetangga, saudara mara.. belum ditambah dengan kewangan bagaimana harus membesarkan anak agar dia tidak merasai apa yg anda rasa.. agar dia membesar dengan menghargai setiap perkara yg berlaku dalam hidupnya. Yang penting dia tidak mengeluh... dia akan menyayangi semua yg berada disekelilingnya tanpa rasa kecewa. "Saya TIDAK pernah merasa diri saya disisih kerana status saya (walaupun secara kasar ramai yg nampak begitu), ramai lelaki yg mahu berkawan namun sukar untuk mencari yg benar-benar menerima saya serta anak saya dan saya percaya itu adalah kerana kami belum dipertemukan. Mungkin dalam ramai-ramai kawan saya itu ada yg memang berniat baik tetapi telah ditutupi oleh janji tuhan yg mana bukan itu jodoh saya maka saya tidak nampak kebaikan lelaki itu... minda saya mungkin telah dipengaruhi oleh akal yg menyatakan lelaki semuanya sama.... (itu satu kesilapan sebenarnya yg tidak kita sedari). Ada, tapi mungkin belum masanya... sehinggalah saya sedar salah satu rakan saya yg masih bujang.. mungkin telah tiba masanya.. kena pada tempatnya.. maka baru saya terlihat kebaikan-kebaikan yg telah ditutupi oleh minda dibawah sedar saya."

Maknanya ada orang yg menyayangi kita.. ada yg mengambil berat dan tidak semua orang SEPERTI YG KITA SANGKA sebenarnya. Terlalu KECEWA membuatkan kita LUPA lalu menyebabkan kita tidak matang untuk menilai istilah kegagalan dalam hidup kita. anda tafsirlah sendiri... bukan dengan rasa sakit hati tetapi dengan mengizinkan ianya berlaku dengan rela... tiada keluhan.. Namun setiap kegagalan dan kekecewaan saya jadikan sesuatu yg teristimewa dalam hidup saya dan tetap menjadikannya sesuatu yg indah pernah berlaku dalam hidup saya.. yg mana KINI ianya menjadi kekuatan yg dapat saya bina dalam diri, lebih menghargai, lebih menyayangi semua WATAK yg hadir dalam hidup saya. Saya tidak perlu mengeluh... saya tidak perlu bercerita kepada orang ramai.. tidak perlu menuding jari dan juga tidak perlu mengaitkan kenapa dan mengapa ianya berlaku begini.. dan tidak begitu... cukup sekadar menerimanya sebagai satu perjanjian dari tuhan... Berkemungkinan kita ada kelemahan yg tidak disedari... kita pernah melakukan sesuatu yg merosakkan hidup kita sendiri.. kita menilai kehidupan tanpa memikirkan apa sebenarnya tujuan tuhan berikan kehidupan sebegitu... Inilah masa untuk kita menilai siapa diri kita sebenarnya... sekiranya kita mampu mencari jawapan.. nescaya jawapan kepada setiap persoalan ada didalam diri kita... ada... cubalah selami.. fahami dan hayati serta nikmatilah setiap detik kehidupan itu dengan indah...

bibir tidak mengukir senyuman namun hati merestui... indahnya hanya dapat dilihat pada yg mengerti... zila safein

No comments:

Post a Comment