Thursday, January 29, 2009

Isteriku macam kereta!

topic dibuka salah seorang yg ada niat nak kawin lain dan telah meluahkan isi hati dan ada yg memberi pandangan lebih kurang begini:
dlm hal ini elok kita kembali kpd fitrah manusia itu sendiri... saya ingin memberi perumpamaan spt seorang pemandu yg baru beli kereta baru.. mula2 memanglah terasa syok....apabila sudah bertahun2 kita pakai/lanyak/travel dsgnya, sudah tentu ada bahagian2 kereta yg longgar/rosak sani-sini, sama juga seperti isteri, kita perlu ada yg kedua...

Wahai sang suami, kekasih yg abadi, fitrahnya... fitrahnya adalah wanita itu, isteri itu, yg juga sebetulnya patut dianggap kekasih juga IBU kepada ANAK KITA .. bukanlah BARANGAN!! ... bagilah contoh apa pun.. kereta, kereta kebal.. kapal terbang.. lauk tak sedap.. lauk yg sama... tiada perkara yg anda sebagai suami boleh bandingkan dengan seorang isteri/IBU, andaikan, memberi contoh atau pandangan kasar.. Mereka memberi dan menerima... dari segi tenaga juga kasih yg tak terhingga.. kalau tidak mereka tidak digelar isteri, anak-anak tidak memanggil mereka ibu/umi. Mereka mendidik juga mengasuh anak-anak kita.. belaian kasih isteri/ibu sebesar zarah pun tak sama dengan belaian suami/bapa.. mereka melayan kerenah anak-anak serta suami saban waktu.. tiada istilah untuk para suami nak memberi contoh terhadap apa yg sebenarnya menjadi KEINGINAN mereka...!! nak seribu daya, itu sahaja kesimpulannya.

bagi saya... pendek sungguh akal lelaki bila masuk bab batin.. alasan yg diberi hanya kerana nak menyenangkan diri sendiri. Nak madukan isteri biarlah sisuami memberi tauladan atau setelah bini menghormati sisuami dalam segala segi dan cukup syaratnya. Sekiranya anda, si suami berhemah tinggi, memenuhi jiwa dengan keikhlasan serta sifat terpuji, isilah hati dengan kasih yg tak berbelah bagi terhadap isteri dan anak-anak.. maka insyaallah, suami tidak akan LAYAN kehendak hati dan sekiranya PERLU JUGA maka sang isteri nesacaya hormati keputusan suami.

Tapi wahai sisuami....
janganlah memberi alasan begini..
sedih rasa terbenam dihati,
hai ayah, rasa nak bercinta lagi?..
tidakkah cukup cinta yg kami beri.
nak seribu daya, seribu alasan boleh diberi
tapi biarlah kita sempurna peribadi..
macam mana bini & anak-anak nak hormati!!.

p/s: alhamdulillah, hidup tak kaya berduit tapi kaya kasih sayang dari suami/anak-anak.. biarlah hidup sederhana selalu agar bahagia keanak cucu.. susah-susah dahulu, bersederhana kemudian...

No comments:

Post a Comment